Sejarah melambangkan bangsa, Sejarah juga membentuk tiang asas negara bangsa. Sejarah turut melengkapkan putaran masa yang hilang dari peribadi insan yang hanyut lupa diri dalam arus zaman.

Kealpaan nilai sejarah membuatkan kita lupa siapa kita, di bumi mana kita berpijak dan kepada siapa ketaatan di luhurkan? Hari- hari yang dilalui, kelam terang sunyi riang sedikit sebanyak mengingatkan impak sejarah ke atas kita.

Malang bagi mereka yang diubah sejarahnya, membiarkan sejarah mengubah mereka, lama kelamaan hilang luput ditelan zaman. Mereka yang alpa akan dimamah rantaian peristiwa lama yang semakin hari tidak lagi dianggap sejarah. Tetapi menjadi suatu cerita biasa. Cerita yang diceritakan kembali, yang diulang , dan dibiarkan berulang….

Advertisements