Salam 1 Malaysia semua…Pagi tadi MB ada beli surat kabar(Berita Harian) dan baca ruangan rakan@BH. Banyak komen mengenai masalah obesiti kalangan murid sekolah dan isu makanan ringan a.k.a “jajan”. Banyak komen dan pandangan daripada pembaca bermakna rakyat Malaysia sememangnya mengambil berat mengenai masalah ini. Ada yang komen supaya berhentikan penjualan jajan di kantin sekolah, berhentikan operasi kilang pengeluaran, mengehadkan penjualan dan bermacam-macam lagi. Ada sesetengah pandangan yang boleh pakai dan ada yang tidak boleh diterima pakai. Mungkin jugak mereka yang memberi pandangan tu tengah lepak dekat McDonald ataupun KFC, mungkin juga sedang menikmati “Potato Chips”. Hurm… Almaklumlah lumrah manusia.

Jajan ni tidak kesemuanya tidak berkhasiat dan memudaratkan kesihatan, jika diambil pada kuantiti yang betul dan jenis-jenisnya. Jajan ataupun makanan proses segera merupakan makanan yang boleh diambil tanpa perlu kita memasaknya. Sama ada, makanan dalam tin, pek bungkusan, ataupun makanan segera seperti “burger”, ayam goreng, sejuk beku dan sebagainya.

Mengapa perlu mengambil makanan segera? Mudah sahaja, sebab nak cepat. Dalam dunia globalisasi hari ini, semuanya memerlukan kepantasan dan kecekapan untuk hidup. Tidak dapat dinafikan, sebagai contoh mereka yang bekerja di syarikat yang berkonsepkan kecekapan. Pembangun perisian komputer misalnya, hampir setiap saat mereka dihabiskan dengan mengadap komputer. Santapan mereka hanyalah segelas “cappuccino” dari starbucks dan beberapa ketul donut dari dunkin donut. Betapa berharganya masa bagi mereka sehingga kesihatan diabaikan. Lagipula makanan segera mudah didapati ditambah dengan perkhidmatan penghantaran terus ke meja. Menakjubkan bukan?.

Salah satu mengapa makanan segera dianggap bahaya adalah kandungan dalam makanan itu sendiri. Makanan segera mempunyai banyak perisa tambahan atau aditif. Aditif seperti yang diketahui mempunyai kandungan bahan kimia untuk menambah keenakan makanan, meningkatkan kualiti malah memantapkan kesegaran.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang mempunya huruf awal bermula “E” seperti E101(riboflavin), E123(Amaranth) dan sebagainya. Makanan segera juga lazimnya mempunyai Monosodium Glutamate(MSG). Periksa label makanan sebelum membelinya, kurang bahan campuran , lebih baik.

Selain itu makanan segera juga mengandungi kandungan lemak yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mempunyai 35% atau lebih kandungan lemak di dalamnya. Bayangkan jika kita mengambil 2 biji burger pada masa yang sama, jumlah yang cukup untuk memungkin kita mendapat serangan jantung atau darah tinggi. Manakala kentang goreng mempunyai khasiat yang lebih berbanding sebji ban yang dibuat dari tepung, malangnya, ianya direndam di dalam lemak sebelum digoreng.

Lemak dan garam berlebihan pula boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi dan penyakit lain yang berkaitan.

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:

Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. WARNA KEEMASANYA ADALAH TIRUAN!!!.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:

Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Jadi ironinya di sini, berhati-hati dalam memilih makanan. Kalau hendak pergi bekerja dan terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk rehat, bawalah bekal dari rumah. Kerana makanan dari rumah lebih berkhasiat, segar dan selamat berbanding makanan segera yang kita tidak tahu mengenai keadaan kilang pengeluar ataupun dapur tempat memasak!!!

Mengenai pandangan dan komen yang saya baca daripada berita, tiada masalah untuk mengambil makanan ringan tetapi jangan dalam kuantiti yang berlebihan. Sentiasa ingat, mencegah lebih baik dari merawat. Sekian sahaja.